Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 221

REVIEW: Berbaloikah Jobstreet Priority Application?

Kali ini aku nak share mengenai keberkesanan "Jobstreet Priority Application". Jika anda sedang mencari kerja dan menggunakan JOBSTREET sebagai medium utama, pasti ada yang tertanya berbaloikah Priority Application? Setakat yang ditawarkan, jika anda rasa anda ini taraf Junior Executive, harga RM70 dan jika Senior Executive, harga RM95. Mahal ke harga ini?


Aku dah berpengalaman sebanyak 2 kali membeli package junior executive. Keberkesanannya? Jawapannya sangat bagus. Boleh kata hampir 75% pemohonan kerja yang aku buat, pasti potential employer akan view my resume. Namun dari 75% tu, mungkin dalam 35% ada yang panggil untuk interview. Kira dah ok lah kan? Contohnya dalam 20 application, mungkin 4 - 6 akan dapat interview. Dan seiring dengan package ini, Jobstreet menawarkan khidmat check resume. Senang. Anda hantar dan mereka reply dengan guidelines yang boleh diikuti untuk ubah resume jadi lagi MANTAP.

Namun, dalam "wave" ke-3 aku mencari kerja, aku tak purchase pun Priority Application tu. Memang betul, tak ramai yang view resume aku. Namun, mungkin berkat kesabaran dan izin Allah, aku dapat banyak je interview dan semuanya melalui Jobstreet! Tapi, yang sebenarnya aku apply dalam 12 kerja je kat Jobstreet dan hanya 2 interview dapat. Yang 3 lagi interview aku dapat semuanya melalui Agensi Pekerjaan. Mereka ni giat mencari orang yang aktif update resume. Seingat aku macam itulah. Kadang2 aku ubah expected salary je, mereka dah panggil.


KESIMPULANNYA, Priority Application berbaloi tapi ianya bukan kemestian. Lagi pun anda tak akan rugi apa pun, RM70 atau RM95 dan untuk 6 bulan, tak kan nak berkira sangatkan? Tapi ya lah, kalau tak purchase pun ok, cuma peluangnnya tipis sikitlah nak dapat interview. Mungkin TIPS terbaik yang aku boleh bagi, silakan baca RAHSIA: Dapat Interview Dengan Mudah (5 Kali Dalam Seminggu) dan pastikan anda update resume anda di Jobstreet setiap hari!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 221

Trending Articles