Quantcast
Channel: yELLOw cATCH
Viewing all articles
Browse latest Browse all 221

RAHSIA: Dapat Interview Dengan Mudah (5 Kali Dalam Seminggu)

$
0
0
Blog post kali ini sekadar untuk bercerita mengenai 5 interview yang aku dapat dalam tempoh 1 minggu. Buat masa ini aku memang sedang aktif mencari kerja baru setelah 2 tahun 5 bulan bekerja di company sekarang. Tapi nak dijadikan cerita, pada permulaannya aku dapat 1 je interview, dan pergi je terus DAPAT. Syukur Alhamdulillah. Aku ni sebenarnya jenis susah nak "lepas" interview. Sebab sepanjang kerjaya aku, mungkin dan hampir 10 interview aku hadir, semuanya tak pass.


Lepas je confirm dapat kerja baru itu, datang lagi 4 interview! Macam durian runtuh, rezeki aku murah sangat. RAHSIA aku dapat semua ini? Antaranya ialah usaha yang berterusan yakni selepas beberapa kali "versi" resume aku buat. Bukan senang tau. Nak buat 3 baris pun kadang-kadang makan masa 2 jam! Belum semak lagi grammar dan susunan ayat. Fuhhh! Tapi sebenarnya yang aku rasa turning point kenapa rezeki aku melimpah ruah ialah kerana solat HAJAT.

Ya. Aku melaksanakan solat hajat 7 hari berturut-turut malam selepas interview pertama itu. Alhamdulillah, sangat bersyukur, tak tahu nak ucapkan kegembiraan ini macam mana. Bukan nak riak, tapi inilah yang aku nak sampaikan, bahawa, setelah kita berusaha sedaya upaya, hendaklah kita menyerahkan segala-galanya kepada tuhan yang maha pemurah lagi maha penyanyang - Allah s.w.t. Jadi itulah rahsianya bagaimana saya mendapat interview yang sangat banyak itu.


Aku yakin dan menasihati anda semua, rajin-rajinlah buat amal ibadat tu. TAPI jangan pula lepas dapat apa yang kita nak, kita lupa balik pada Allah. Jangan pernah sesekali macam itu ok? Sebaiknya kita beristiqamahlah. Mungkin tak berterusan sembahyang hajat, namun perlulah kita jadi semakin mengingatiNYA dengan amalan ibadah yang lain. Sesungguhnya. hidup didunia ini sekadar persinggahan sementara sahaja. Syurga jualah yang sepatutnya kita kejar. Wallahualam.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 221

Trending Articles