Saintis di Eropah telah mendakwa mereka berjaya mencipta satu mesin yang boleh membawa manusia ke zaman yang diingini mereka? Jika anda diberikan peluang untuk kembali ke waktu lampau, pada tahun bilakah anda mahukannya? Mungkinkah kita sebenarnya suatu hari nanti dengan kepakaran teknologi, kekayaan sumber bumi, dorongan dan juga azam yang kuat akhirnya berjaya juga mencipta MESIN MERENTASI MASA? Dapatlah kita balik ke tahun-tahun sebelum ini dan menukarkan sejarah ikut suka kita. Seperti yang pernah difilemkan oleh pengarah Aziz M. Osman dalam filem berjudul XX-Ray, apa kata jika apa yang diceritakan boleh menjadi realiti?
Sekarang bayangkan kita balik ke tahun 1500 dengan membawa bersama iPhone 5, laptop, superbike satu, bekalan minyak dan tenaga selama 1 minggu serta pelbagai lagi alatan canggih. Kemudian selepas 7 hari, kita kembali ke zaman 2014 ini. Tengok-tengok, Malaysia dah jadi kuasa dunia dan berpengaruh. Tewas Amerika! Tapi mana mungkin itu berlaku sebab setakat ini masih belum ada mesin merentasi masa. Jikalau pun, adakah memang benar kita suatu hari mampu menciptanya?

Setelah mukadimah yang panjang lebar ini, sebenarnya apa yang nak disampaikan oleh saya ialah, MASA itu tidak boleh dikembalikan. Semakin hari kita semakin tua dan meniti saat bertemu Sang Pencipta. Hiduplah disaat sekarang dan bukan merenung untuk diulang kembali zaman yang lepas. Sesungguhnya kita hidup di dunia ini HANYA kerana Allah swt. Janganlah asyik mengejar kekayaan dunia. Benar, tiada siapa yang mahu hidup susah. Oleh itu, berusahalah sama adil, yakni mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Cuma mungkin kita kena lebihkan yang AKHIRAT.
p/s: InsyAllah, selamat beramal anda sekalian! ^___^