Beberapa hari yang lepas, terdengar lagu baru ini di Era FM. Ada rap sedikit tapi lagunya sedap didengar jugalah kerana lirik dan irama yang menarik. Tajuk lagu rap ini ialah ANGKARA – Toi Feat. Jambu. Salah seorang peserta AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-6, Toi telah menyanyikan lagu ini bersama artis yang bernama Jambu (saya pun tak pernah tahu siapa ini). Lirik lagu ini adalah seperti dibawah. Dan daripada apa yang saya faham, lagu ini mengisahkan pasal persahabatan diantara kawan yang kawannya itu telah memulakan permusuhan yang tak diingini. Silakan berhibur!
Belajarlah wahai teman-teman
Mengenal erti hidup di alam realiti
Merenung ke hadapan sejenak
Adakah kau masih berpijak di bumi kini
Mana janji yang kau tabur dulu
Habis madu sepah jangan dibuang jangan
Lalu memutuskan perhubungan
Dengan mudah kau memilih haluan diri
Hancur hati tak terdaya
Menipu helah bukan jalannya
Ingatlah putaran dunia bagai roda
Kelak kau terima padah balasannya
Kau mulakan angkara
Tidak semena masa diduga
Cuba berpaling tadah
Pandai kau berwayang durja
Mengambil kesempatan
Tika diberi waktu terluang
Menepis seribu soalan
Sebagai alasan
Kaulah punca segala
Acap kali membangkit sengketa
Halangan rintangan
Menimbulkan kemarahan
Berlaku pertengkaran
Sentiasa rasa diri sempurna
Dan takkan mengaku kalah
Engkaulah angkara
Darjat dan harta bukan pilihan
Semua hanyalah untuk sementara saja
Tak usahlah kau berlagak megah
Ianya boleh lenyap dengan sekelip mata
Bercinta bukan kepada rupa
Siapa berani kata yang kami tak jambu, jambu
Pastinya puas melepaskanku
Kau persendakan jiwa dan perasaanku