Anda sediri tahukan bahawa gaji bulanan dicampur dengan elaun bagi pekerja di sektor Oil & Gas (Minyak & Gas) boleh mencecah RM5,000 sebulan? Itu untuk permulaan, jika dah berpengalaman dalam 5 tahun sahaja mungkin RM15,000 tiada masalah. Jadi kepada yang tercari-cari peluang untuk bekerja di bidang ini, silakan membaca selanjutnya dibawah. TAPI ingat, anda perlu berusaha sendiri dan bukannya mengharapkan orang lain mencarikan kerja untuk anda, maksud saya, jika perlu telefon atau email untuk dapatkan kerja, lakukannya sendiri. InsyAllah anda boleh berjaya.
Untuk pengetahuan anda, 2015 mungkin tahun terbaik untuk industri ini kerana banyak projek bakal berlangsung. Antaranya ialah Refinery And Petrochemical Integrated Development (RAPID) Project di Pengerang Integrated Complex (PIC), Johor. Petronas menganggarkan projek berkeluasan 2,526 hektar ini akan menelan belanja RM 51,300,000,000 (RM51.3 Billion) dan akan dapat meningkatkan imej Petronas sebagai pemain utama (key player) dalam pasaran kimia Asia nanti.
Berikutan dengan itu, akan wujudlah BANYAK peluang pekerjaan dan berpusat di Pengerang. Di dalam jadual dibawah saya telah ringkaskan antara syarikat-syarikat utama yang telah terpilih untuk melaksanakan Project RAPID itu. Memandangkan pembinaan akan bermula akhir tahun 2015 atau awal tahun 2016, disarankan kepada sesiapa yang berminat menceburi bidang Oil & Gas, janganlah lepaskan peluang ini. Cara nak MEMOHON ialah dengan membuka website syarikat disenaraikan dibawah, dan cubalah bertanyakan niat anda itu. Untuk makluman, projek ini dijangkakan akan siap dan mula beroperasi pada awal tahun 2019.
Link: Tawaran Kerja Bergaji RM20,000 Sebulan. Sumber Rujukan: Malay Mail