Quantcast
Channel: yELLOw cATCH
Viewing all articles
Browse latest Browse all 221

RAHSIA MIMPI: Bertemu Perempuan Sangat Cantik?

$
0
0
Pernahkah anda termimpikan berjumpa seorang PEREMPUAN yang teramat CANTIK? Kemudian pada kebesokan paginya datang ke kerja, ada seorang pekerja PEREMPUAN baru yang sebenarnya memang CANTIK? Kebetulan atau fantasi? Perkara ini pernah berlaku kepada saya sekali! Memang dia cantik dan masih muda (lantas terus terpikat..HAHA). Selang beberapa minggu lepas itu termimpi LAGI pasal perempuan cantik. Dush! Ada jugalah terbayangkan wajah pekerja baru tu.  


Jodoh ke? HAHAHAHAHAHA. Kebetulan sahaja kot. Namun lepas hampir 3 bulan, perempuan tu berhenti kerja untuk mencari yang baru. Ok, perkara utama yang ingin saya sampaikan ialah, sejauh manakah mimpi itu adalah benar atau kata orang, petanda kepada sesuatu? Wallahualam, untuk HADITH mengenai mimpi, silakan rujuk zamanteman.blogspot. 

Bagi sesetengah orang, kadang-kadang apabila termimpikan sesuatu yang indah, kebesokan paginya mesti mood gembira sahaja dan rasa seolah-olah keriangan itu masih bermain-main di minda, dan terkadang seperti realiti dan diingati sampai bila-bila. Ini berlaku kerana mungkin sebab kita tidak mampu menterjemahkan “mimpi” tersebut menjadi sesuatu yang benar-benar berlaku di dalam kehidupan. Jadi kita berharaplah. Maka kerana itulah kita hakikatnya adalah hanya manusia yang lemah dan tak terdaya. Secara kesimpulannya, tetapkanlah hati kita dan doa kita kepada Allah s.w.t. Hanya DIA yang mampu memakbulkan permintaan atau mimpi kita itu. InsyAllah.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 221

Trending Articles