Tiki Taka, seekor kucing Malaysia yang cantik gebu dan berwarna putih belang hitam telah didokumentarikan al-kisah hidupnya. Di "pungut" dari kampung sebelah kerana berkeliaran tanpa ibu, kucing ini sangat manja dan lincah bermain. Usianya ketika itu dianggarkan selama 1 bulan sahaja. Namun seperti cakap orang "curiosity always kills the cat", kucing ini hampir DIGILIS oleh tayar kereta ketika tidur di bawah tayar (haa..tu la degil sangat!). Meskipun terselamat, Tiki LUMPUH sedikit di kedua-dua kaki belakangnya. Ikuti kisah lanjut di gambar dibawah. Zasssss~
![]() |
Tiki ketika berusia 1 bulan |
![]() |
Tiki dan kawan rapat ketika kecil yang dah lari dari rumah
|
![]() |
Tadaaa! Sudah berusia 7 bulan saya. |
![]() |
Ye 7 bulan. Besarkan? |
![]() |
Suka hatilah kalau tak percaya. Emm...best nye tido! |
![]() |
Dan Tiki mempunyai teman baru - Puma |
![]() |
Kemana sahaja mesti Tiki mengikuti Puma |
![]() |
Ataupun Puma meniru gaya Tiki tidur |
![]() |
Best Friend Forever ok! |
![]() |
Oh tak lupa juga dengan Cik Popo kekasih tua 3 tahun dari Tiki |
![]() |
Begitulah kisah 7 bulan Tiki yang bakal bersambung...kikiki |
HAHA. Best tak ceritanya? Inilah kucing saya bernama Tiki. Kebetulan kalau campur Taka kat belakang samalah dengan nama Manager Barcelona FC sekarang. Kikikikikakataka! Kucing ni memang serius BESAR sangat. Dengan bulunya yang putih melepak. Dulu waktu kecik sakit. Tapi bila dah remaja ini dah hilang. Sembuh sendiri agaknya. Moga-moga usia Tiki ni panjang. Terima kasih kerana membaca! Buat suspend je. HAHAHA.